skng bdak2 UPSII tgh strugle dgn fnal xm. aq tau semua orng tgh strss gler skg ni. xpclly sape2 y x brapa leh jwb xm cam aq. ak ni mmg strss ah. strss2 aq pn, on9 wajib, bkan sunat. biasa ah 2 org kta nk luah prasaan strss y trbuku dhati kerna x dapt jwb xm ngn baik. katenyer.
nie gmbar sms aq tgh stress ah nie.
sini ak ad bbrapa tip tuk korang y tgh strss ni:
1. Lemparkan senyuman.
Kebanyakan kita apabila berhadapan dengan sesuatu masalah pasti kita akan tarik muka. Jika tidak, anda pasti mengeluh dan sumpah seranah sorang-sorang. Lagi bertambah angin kalau exam lak kita x boleh nak jawab dengan baik. Siapa yang tak tertekan kan?
Jika anda berhadapan stress, cuba anda lemparkan senyuman, pasti tekanan anda akan sedikit reda. Boleh tak senyum?
2. Duduk bersendirian.
Saya kalau nak dapatkan mood menulis, paling mudah jika saya duduk bersendirian. Tenang tanpa sebarang ganggungan. Stress terjadi bila anda berada di dalam keadaan yang sibuk, bising atau suasana yang tidak memberi anda fokus. Dimana tempat sesuai untuk bersendirian? Contoh tempat peranginan, kampung yang jauh dari kesibukan kota, bilik studio ataupun kubur masjid.
3. Bertenang.
Salah satu perkara yang kita tak sedar bila kita sedang stress, kita tidak mampu bertenang. Ada diantara kita, apabila mereka berada dalam tekanan, diri mereka jadi kelam kabut, fikiran jadi kusut, kepala berserabut malah akan cepat ada perasaan GIVE UP. Andai anda lakukan sesuatu itu tetapi tidak berjaya, jangan mudah stress. Cuba tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan nafas anda secara perlahan-lahan.
Cuba elakkan dari terus berfikir dan berfikir. Ambil sedikit masa untuk tenangkan perasaan dan lupakan sekejap masalah yang sedang dilalui. Ingat, setiap tekanan itu ada penyelesaiannya. Jadilah orang yang sentiasa tenang dan bijak merancang keputusan.
4. Berbuat baiklah pada orang lain
Yang ini bagi kes yang selalu cari pasal atau suka rasa tak puas hati dengan orang lain. Jika anda mendapati seseorang itu selalu sahaja beri tekanan kepada anda, adalah lebih baik anda abaikan orang seperti ini. Anda boleh mendiamkan diri atau buat-buat pekak telinga atau lebih bagus anda jawab dengan kata-kata paling berhemah walaupun pedih untuk berkata-kata.
Ada seorang guru agama berpesan kepada saya. Jika ada seseorang yang bencikan kita, apa yang boleh kita buat, kita sedekahkan al-fatihah kerana “musuh-musuh” kita akan ia dapat melembutkan hati mereka.
5. Jadi seorang yang pemaaf.
Kita bukanlah insan yang maksum. Setiap orang sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan. Jika anda marahkan seseorang, janganlah sampai simpan di dalam hati sehingga sanggup bermusuhan bertahun-tahun lamanya. Berselisih pendapat mungkin menyebabkan kita berhadapan dengan stress, tetapi jika kita mudah memaafkan seseorang, tekanan yang ada dalam diri kita pasti dapat dikurang atau dihilangkan.
6. Lavender.
Saya suka bau wangian ini. Serius! Ia mampu beri kelegaan kepada stress yang saya alami. Sekarang ni pun banyak produk aroma terapi yang guna wangian lavender ni. Di pasaran pun, kita boleh beli minyak wangi, sabun mandi, shampoo, losyen dan sebagainya. Anda boleh pilih apa juga wangian yang boleh memberi anda ketenangan. Ini pun salah satu cara untuk redakan stress.
7. Kasih sayang.
Jika anda telah mempunyai anak, bermanja-manja dengan mereka juga merupakan satu terapi yang bagus untuk melegakan stress. Bagi anda yang belum berkahwin atau tidak punyai sebarang anak, anda boleh tunjukkan kasih sayang anda kepada hidupan lain seperti kucing, bunga dan alam semulajadi.
Kekuatan dalaman wujud apabila anda mencurahkan kasih-sayang anda kepada orang lain. Sebab tu ada yang kata dengan melihat telatah anak-anak kecil dirumah selepas pulang dari tempat kerja dapat meredakan tekanan mereka. Setuju?
8. Allah
Nombor sembilan ini, bagi mereka yang mentaati perintah dan mengikuti suruhanNya, kepadaNya kita bermohon dan berdoa untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan.
9. Ceria.
Buat apa yang anda suka. Lari sebentar dari apa juga tekanan yang anda alami. Gembirakan hati dan diri anda.
Jangan musnahkan diri anda disebabkan anda berhadapan dengan STRESS. Inilah waktu untuk anda ceria!
so ikut lah tips2 y dsenaraikan diatas untuk menangni strss anda sekarang. bg aq, rawatan y terbaik bg aq adalah shopping dan jugak melancong. dua2 perkara ni akan buatkan aq jd lbh tenang n ceria. dgn itu, jumpa lg kta pada wak2 y lain. peace.. no war.
No comments:
Post a Comment